Friday, October 31, 2008

sephia

Ini benda biasa yang selalu aku suruh pengantin buat kalau dia orang bergambar kat atas katil. Sebab bila pengantin dah atas katil... biasanya dua-dua jadi bengong sekejap untuk empat lima shoot pertama. Orang suruh buat lain dia orang buat lain. Benda paling senang untuk warming-up aku suruh dia orang duduk cam dalam gambar sebelah pastu pandang hujung katil. Bila dah tak pandang kamera.... maka automatiklah pengantin akan tersenyum sendiri.

Sampai aku kena panggil dia orang pulak sebab sikit punya syok dia dok mengelamun. Tah mengelamun ke mana aku tak tau. Hahaha...!! Tapi.. memang benda ini terjadi pada ramai jurugambar pengantin. Baik yang berkamera besar mahupun berkamera kecik.

Aku suka gambar sephia wan yang ni sebab tone blending dengan detail songketnya. Subjek aku berjaya memasukkan diri mereka antara warna blind satin kat belakang tu dengan cadar baru bilik perasmian. Huhuhu... hebak mu Awe...

click gambar untuk imej lebih besar



Background and custom editing


Ini antara gambar adik aku yang tersenyum simpul masa kahwin dia hari tu. Tapi bukan aku yang amik gambar ni, photographer malas mana entah yang amik. Sebab tu... korang jangan tanya kenapa.
Atas dasar kasihan gaban... aku tolonglah editkan balik sebagai kerja amal ngan hadiah kahwin untuk dia. Kalau tak.... hmm... jangan haraplah.
Gambar asal adalah sebelah kiri sekali dengan songket merah atas pelamin tu. Gambar tengah dan kanan sekali tu selepas editing custom dan background sekali.
Takyah cerita banyak kot, sebab gambar ni dah explain apa yang aku buat sebenarnya. Sila e-mail saya jika anda mahu berkahwin kat depan piramid ker.... kat belakang Eiffel tower ker... atau kat Old Trafford. Mana-mana pown boleh....
Harga bergantung pada size dan detailing editing, Sebab untuk gambar tukar background macam ni.. lighting benda yang paling penting kot. Kalau tak dia nampak cam tak real jer. Macam template ala-ala pulak.
click imej untuk gambar besar

photo booklet 2


Photo booklet a4 size. Biasanya compilation dari beratus-ratus gambar cantik yang tak larat nak cuci tu.... aku offer kalau nak buat booklet ni lah. Sebab kalau tengok album cuma ada gambar jer, kalau buat booklet print ni adalah gak tulisan ker.... editing... yang cun sikit kot. Nampak lah lain sikit banding zaman Cik Bedah kahwin tahun 70'an dulu kan.
Ini gambar Ayong masa bakal mak mertua dia tengah sarung cincin. Ceh...2
Jenoh aku nak suruh dia orang bertahan masa amik gambar ni, macam kilat dia sarung cincin.
click gambar untuk imej besar

Wednesday, October 29, 2008

Bas Pengantin

Family photo ngan family candid ni benda yang paling aku suka sekali time amik gambar owang kahwin. Sebab aku leh hala lense aku kat awek-awek persendirian yang berkeliaran hari tu. Ahak...2

Benda ni, semua photographer buat kot. Hahahaha, lagi-lagi yang pakai telephoto lense ngan fish eyes. Main tangkap jer.... senang kerja.
Simpan, buat kenangan.. mana lah tahu esok jumpa tengah jalan kereta rosak ker. Leh gak tolong kan. Satu cadangan yang bernas kan.
ini gambar rombongan family mertua Wan dari Temerloh yang berjaya melepasi sempadan kesesatan untuk ke rumah pengantin. Al-maklumlah... jauh tu Temerloh-KlaNG. Kalau zaman Hang Tuah dulu, alamat cancle jer lah orang nak meminang. Takut mati kuda ngan lembu nak berjalan, kalau naik perahu pown takut rombongan meminang tu yang meminang sendiri.

Gambar rombongan pengantin pompuan bertolak pulang ke Temerloh. Korang tengok tangan Wan, hui....!! tak lepas genggam.. takut orang Temerloh amik balik kot. Pepown.. aku suka ambience masa amik gambar ni, sebab langit antara panas dan nak hujan. Pastu ada wajah2 dalam cermin yang tak sempat turun bergambar sekali. Dan yang paling best... adalah. Mana leh gi tau..

sila klik gambar untuk paparan besar.

Tuesday, October 28, 2008

Temerloh 1

Aku suka giler gambar ni. Sebab lense framing dia yang nampak clean jer. Pastu Wan boleh pulak senyum semput dalam acara bergambar kat bilik perasmian ni. Walaupun malam merasmikan katil ni Wan tak suruh amik gambar... tapi... aku rasa.. hahahaha. Biarlah aku rasa sorang jer. Anyway, i lov this mode ngan lighting camera yang aku dapat pun look natural. Sebab bilik ni memang agak gelap sebenarnya. Kiranya, setting camera aku tu betulah. Nasib baik aku pakai cam Nikon D40, kalau ada Nikon D100 ker... D200 ker.. kompom lagi cantik kot Wan. Apa nak buat.
sila klik gambar untuk melihat pembesaran Wan

Pocket Booklet

























Ramai sebenarnya tak tahu apa guna photo booklet ni. Ini gambar Ayong masa bertunang. Memang aku edit dan resize empat segi sama untuk buat pocket size. Macam aku cakap tadi, pasal photo booklet ni.

Jika dalam English wedding memang dia orang pakai photo booklet ni untuk tetamu. Terutamanya masa kat gereja untuk angkat nikah dia oranglah. Mat Saleh ni dah prepair masa dia orang bertunang lagi dah untuk hari kahwin.

Sebab utamanya nak perkenalkan pengantin lelaki lah. Almaklumlah semua pakai kot hitam. Macam mana orang nak perasan. Tapi orang kita kahwin, taklah tetamu semua datang pakai songket ngan tengkolok. Sebab tu kita tak tahu apa menatang photo booklet ni nak guna dalam wedding ceremony.

Aku buat untuk Ayong. Salah satu page dari 8 muka surat biasanya orang buat. Untuk photo booklet ni aku amik upah design bergantung size dan contents dialah. Bermula RM150 sahaja untuk design master yang anda boleh simpan dalam CD atau nak print 1000 copy untuk tetamu pun boleh.

Apa kandungan di dalam photo booklet?
:: # gambar dan profile pengantin, ucapan dari pengantin dan keluarga, kisah percintaan, kata-kata yang indah-indah, rancangan bulan madu dan impian pengantin.

Apa Guna Bingkai ni...?

Aku tak faham betul kenapa kena buat framing kat gambar ni. Mak aku kata cantik, humang ai.. aku tak kisahlahsebab mak aku memang tak nilai art ngan commercial values benda yang dia tengok. Selalunya judgements mak akupada apa orang kata ngan apa orang lain buat. Jadi aku ignore jer... opinion mak aku.

Pada mata koranglah... apa fungsi bingkai tu...? Sebab aku tak nampak apa-apa kepentingan pun gambar yang tak beredit ini kena letak bingkai.Sebab tu aku kena tanya... kot... pasal dah geli aku tengok bingkai kayu tu.Dengan penipuan kosmetik bingkai yang tak ada fungsi ini.. aku rasa orang yang mata dia tak ada art values kompom' (kata mat saleh) dia kata cantik. Cantik tahap dewa dah bila letak bingkai ni. Padahal library illustrator jer gambar bingkai tu. Tekan.. letak.. stretch. Sekaligus, aku kirakan orang yang edit gambar ni memang pemalas, tak ada idea, tak ada art values, selekeh,tak tahu apa dia buat dan buat kerja asal siap jer. Kompom orang Melayu yang buat ni. Minta maaf cakaplah yer...

Ok, cam ginilah yer...aku rasa gambar ni kalau print orang memang letak dalam album. Dah nama dia album, kenapa pulak nak dibingkaikanpulak. Kalau dia tak letak kat album, mungkin dia beli frame nak letak kat bilik tidur dia kot. So.... memang mentibangtahap spastik lah bila sekeping gambar dibingkai dalam bingkai. Kan ker pelik namanya tu....

Ada tiga kelemahan yang bertanda kat gambar A yang adik aku kena tipu tu. Hahahaha....

- bingkai yang aku tak tahu apa fungsi dia. Dah lah gambar tu soft mood ngan happy smiling cam gitu tiba-tiba adakayu keras pulak kat tepi dia. Lari lah elemen ngan prinsip subjek tu. Apa punya oranglah... yang letak bingkaipemalas ni.
- face editing. Korang tengok muka pengantin lelaki. Dah lah gelap, kasar, nampak tak rata... pastu siap ada kesanjerawat jeragat lagi. Hek eleh... touch up lah sikit. Kan aku dah kata ini sifat pemalas.
- Yang terjuntai kat poket tu.. frame spek mata. Bagi aku, frame spek tu macam out subjek jer... sebab purpose dia kat matabukan kat poket. Dia macam... menganggu sebenarnya kalau duduk terjuntai cam gitu. Tolong lah padamkan.
- Tengkolok putus. Itu salah fotographer. Tapi aku nak cerita tentang kemalasan editing dia jer. Jadi bab tu tak yah sebut kot. Sila bandingkan antara A (yang asal) dan B (yang pakcik buatkan).

Padahal nak buat gambar B tu tak sampai pon sepuluh minit.Tak habis pown lagu J-Lo yang sureheboh tu dah siap. Usik level sikit. Usik color balance ngan blur-up skin tone dia. Itu jer..last sekali tonedown kan warna kuning tu sebab actual sources dia dark dan tetiba highlight nak mampos. Sebabkan aku memang nak warna pastel satin blind yang kat belakang tu, jadi bolehlah blend warna kuning tu natural sikit.Tambah sikit kuning muka dia biar blend sekali ngan ambience sekeliling. Baju kuning, muka kuning sikit... tak lah nampak janggal. Bila muka tu merah yang boleh jadi gelap sembab tu.

Hmmm... tak sampai 10 minit punya kerja pown sebab nak print 4r jer. Jangan lah jadi malas yer. Tapi disebabkan family aku ni memang tak percaya aku boleh buat... menatang ni. Aku lantakkan ajer.. dia orang kena tipu. Kan ker, besar gelak aku kat dia orang. Kuahkuahkuahkuah :io