Wednesday, October 29, 2008

Bas Pengantin

Family photo ngan family candid ni benda yang paling aku suka sekali time amik gambar owang kahwin. Sebab aku leh hala lense aku kat awek-awek persendirian yang berkeliaran hari tu. Ahak...2

Benda ni, semua photographer buat kot. Hahahaha, lagi-lagi yang pakai telephoto lense ngan fish eyes. Main tangkap jer.... senang kerja.
Simpan, buat kenangan.. mana lah tahu esok jumpa tengah jalan kereta rosak ker. Leh gak tolong kan. Satu cadangan yang bernas kan.
ini gambar rombongan family mertua Wan dari Temerloh yang berjaya melepasi sempadan kesesatan untuk ke rumah pengantin. Al-maklumlah... jauh tu Temerloh-KlaNG. Kalau zaman Hang Tuah dulu, alamat cancle jer lah orang nak meminang. Takut mati kuda ngan lembu nak berjalan, kalau naik perahu pown takut rombongan meminang tu yang meminang sendiri.

Gambar rombongan pengantin pompuan bertolak pulang ke Temerloh. Korang tengok tangan Wan, hui....!! tak lepas genggam.. takut orang Temerloh amik balik kot. Pepown.. aku suka ambience masa amik gambar ni, sebab langit antara panas dan nak hujan. Pastu ada wajah2 dalam cermin yang tak sempat turun bergambar sekali. Dan yang paling best... adalah. Mana leh gi tau..

sila klik gambar untuk paparan besar.

No comments: