Tuesday, October 28, 2008

Pocket Booklet

























Ramai sebenarnya tak tahu apa guna photo booklet ni. Ini gambar Ayong masa bertunang. Memang aku edit dan resize empat segi sama untuk buat pocket size. Macam aku cakap tadi, pasal photo booklet ni.

Jika dalam English wedding memang dia orang pakai photo booklet ni untuk tetamu. Terutamanya masa kat gereja untuk angkat nikah dia oranglah. Mat Saleh ni dah prepair masa dia orang bertunang lagi dah untuk hari kahwin.

Sebab utamanya nak perkenalkan pengantin lelaki lah. Almaklumlah semua pakai kot hitam. Macam mana orang nak perasan. Tapi orang kita kahwin, taklah tetamu semua datang pakai songket ngan tengkolok. Sebab tu kita tak tahu apa menatang photo booklet ni nak guna dalam wedding ceremony.

Aku buat untuk Ayong. Salah satu page dari 8 muka surat biasanya orang buat. Untuk photo booklet ni aku amik upah design bergantung size dan contents dialah. Bermula RM150 sahaja untuk design master yang anda boleh simpan dalam CD atau nak print 1000 copy untuk tetamu pun boleh.

Apa kandungan di dalam photo booklet?
:: # gambar dan profile pengantin, ucapan dari pengantin dan keluarga, kisah percintaan, kata-kata yang indah-indah, rancangan bulan madu dan impian pengantin.

No comments: