Tuesday, October 28, 2008

Apa Guna Bingkai ni...?

Aku tak faham betul kenapa kena buat framing kat gambar ni. Mak aku kata cantik, humang ai.. aku tak kisahlahsebab mak aku memang tak nilai art ngan commercial values benda yang dia tengok. Selalunya judgements mak akupada apa orang kata ngan apa orang lain buat. Jadi aku ignore jer... opinion mak aku.

Pada mata koranglah... apa fungsi bingkai tu...? Sebab aku tak nampak apa-apa kepentingan pun gambar yang tak beredit ini kena letak bingkai.Sebab tu aku kena tanya... kot... pasal dah geli aku tengok bingkai kayu tu.Dengan penipuan kosmetik bingkai yang tak ada fungsi ini.. aku rasa orang yang mata dia tak ada art values kompom' (kata mat saleh) dia kata cantik. Cantik tahap dewa dah bila letak bingkai ni. Padahal library illustrator jer gambar bingkai tu. Tekan.. letak.. stretch. Sekaligus, aku kirakan orang yang edit gambar ni memang pemalas, tak ada idea, tak ada art values, selekeh,tak tahu apa dia buat dan buat kerja asal siap jer. Kompom orang Melayu yang buat ni. Minta maaf cakaplah yer...

Ok, cam ginilah yer...aku rasa gambar ni kalau print orang memang letak dalam album. Dah nama dia album, kenapa pulak nak dibingkaikanpulak. Kalau dia tak letak kat album, mungkin dia beli frame nak letak kat bilik tidur dia kot. So.... memang mentibangtahap spastik lah bila sekeping gambar dibingkai dalam bingkai. Kan ker pelik namanya tu....

Ada tiga kelemahan yang bertanda kat gambar A yang adik aku kena tipu tu. Hahahaha....

- bingkai yang aku tak tahu apa fungsi dia. Dah lah gambar tu soft mood ngan happy smiling cam gitu tiba-tiba adakayu keras pulak kat tepi dia. Lari lah elemen ngan prinsip subjek tu. Apa punya oranglah... yang letak bingkaipemalas ni.
- face editing. Korang tengok muka pengantin lelaki. Dah lah gelap, kasar, nampak tak rata... pastu siap ada kesanjerawat jeragat lagi. Hek eleh... touch up lah sikit. Kan aku dah kata ini sifat pemalas.
- Yang terjuntai kat poket tu.. frame spek mata. Bagi aku, frame spek tu macam out subjek jer... sebab purpose dia kat matabukan kat poket. Dia macam... menganggu sebenarnya kalau duduk terjuntai cam gitu. Tolong lah padamkan.
- Tengkolok putus. Itu salah fotographer. Tapi aku nak cerita tentang kemalasan editing dia jer. Jadi bab tu tak yah sebut kot. Sila bandingkan antara A (yang asal) dan B (yang pakcik buatkan).

Padahal nak buat gambar B tu tak sampai pon sepuluh minit.Tak habis pown lagu J-Lo yang sureheboh tu dah siap. Usik level sikit. Usik color balance ngan blur-up skin tone dia. Itu jer..last sekali tonedown kan warna kuning tu sebab actual sources dia dark dan tetiba highlight nak mampos. Sebabkan aku memang nak warna pastel satin blind yang kat belakang tu, jadi bolehlah blend warna kuning tu natural sikit.Tambah sikit kuning muka dia biar blend sekali ngan ambience sekeliling. Baju kuning, muka kuning sikit... tak lah nampak janggal. Bila muka tu merah yang boleh jadi gelap sembab tu.

Hmmm... tak sampai 10 minit punya kerja pown sebab nak print 4r jer. Jangan lah jadi malas yer. Tapi disebabkan family aku ni memang tak percaya aku boleh buat... menatang ni. Aku lantakkan ajer.. dia orang kena tipu. Kan ker, besar gelak aku kat dia orang. Kuahkuahkuahkuah :io

No comments: